mijiiSTUDIO KECIL · SOLUSI DIGITAL

Johor Bahru, Malaysia
Sejak 2026


Assalamualaikum,
dan salam sejahtera.

Per:Website, landing page dan solusi digital untuk bisnes anda, supaya pelanggan mudah jumpa dan terus menghubungi anda.

Nama saya Tarmizie. Kebanyakan orang memanggil saya Mijii.

Saya bina website dan landing page untuk bisnes kecil di Malaysia, supaya pelanggan yang mencari tuan puan di internet jumpa satu tempat yang kemas dan meyakinkan, kemudian boleh terus menghubungi melalui WhatsApp. Saya bekerja seorang diri, jadi tuan puan berurusan terus dengan saya dari mula sampai siap.

Di bawah ini apa yang boleh saya bantu, hasil kerja saya, dan cara kita bermula. Semuanya ringkas sahaja.

Bahagian kedua

Apa yang boleh saya bantu

Enam perkara yang saya buat dengan kerap. Pilih yang sesuai dengan keperluan, tidak perlu ambil semuanya.

  • Landing Page

    Satu halaman yang buat pelawat faham tawaran tuan puan dalam beberapa saat, kemudian terus tekan butang WhatsApp.

  • Website Bisnes

    Profil syarikat yang lengkap dan kemas, supaya pelanggan dan rakan niaga yakin sebelum mereka menghubungi atau berurusan.

  • Sistem & Web App Ringan

    Tempahan dan kiraan harga yang tersusun secara automatik, supaya tuan puan kurang menjawab soalan berulang dan kurang kesilapan pesanan.

  • Kad Kahwin Digital

    Tetamu terima jemputan di telefon, sahkan kehadiran dan jumpa lokasi majlis tanpa perlu bertanya lagi.

  • Game & Interaktif

    Pengunjung singgah lebih lama, bermain dan berinteraksi, dan lebih ingat jenama tuan puan selepas itu.

  • Automasi AI

    Kerja berulang seperti menjawab soalan lazim dibuat secara automatik, supaya masa tuan puan boleh fokus pada pelanggan.

Tentang harga: harga bergantung pada skop projek. Jemput bertanya di WhatsApp, sebutharga percuma, dan tiada paksaan untuk meneruskan.

Bahagian ketiga

Hasil kerja untuk pelanggan

Antara bisnes dan organisasi yang pernah mempercayai saya. Tekan nama untuk melihat website mereka:

Kata pelanggan

Sangat mudah berurusan. Servis steady dan memenuhi kehendak pelanggan. Semoga maju jaya
En. Ghazali, GZ Smart Resource
Cantik hasilnya. Ringkas padat. Servis terbaik!
Pn. Hazwani, CikWanyy Frozen Food
Terima kasih banyak kepada WebPadu. Betul betul padu. Harga murah, hasil premium. Siap pantas dalam seminggu.
En. Fakharudin, BelantikMaya
Terima kasih banyak. Kamu sangat membantu. Good service. Saya akan recommend kamu kepada kawan saya yang perlukan servis ini.
Pn. Sarah, Safe Care Ventures

Bahagian keempat

Macam mana kita bermula

Empat langkah sahaja. Saya akan terangkan setiap satu apabila kita bersembang nanti.

  1. Kita bersembang di WhatsApp dahulu. Ceritakan keperluan dan bajet tuan/puan.
  2. Saya sediakan draf design dan ayat untuk disemak.
  3. Selepas tuan/puan berpuas hati, website dilancarkan dan kita semak bersama.
  4. Saya berikan sokongan teknikal percuma selama 30 hari selepas lancar.

Sebagai panduan masa: landing page boleh siap seawal 48 jam selepas bahan lengkap; website biasa mengambil masa 5 hingga 7 hari bekerja.

Bahagian kelima

Eksperimen saya

Selain kerja pelanggan, saya suka membina benda kecil untuk mencuba idea dan teknologi baharu. Antaranya:

Cerita Hari Pertama

Pratonton Cerita Hari Pertama

Game cerita untuk kanak kanak yang akan masuk Darjah 1. Anak cipta hero sendiri, buat keputusan sepanjang hari pertama di sekolah, dan belajar melalui aktiviti tangan.

Game Nyamuk

Pratonton Game Nyamuk

Game web tentang nyamuk yang saya bina untuk belajar mekanik game.

AETHERIS

Game puzzle 3D yang dimainkan dalam pelayar.

Misi Jawi

Pratonton Misi Jawi

Prototaip game belajar tulisan Jawi untuk kanak-kanak.

Landing page dan sistem ujikaji

Prototaip yang saya bina untuk mencuba idea dan teknologi baharu.

Semua eksperimen saya

  • Cerita Hari Pertama

    Game cerita persediaan Darjah 1 dengan hero ciptaan sendiri.

  • DuniaMisi

    Platform yang menempatkan game pembelajaran kanak kanak Malaysia saya.

  • Misi JawiPrototaip dalaman

    Prototaip game belajar tulisan Jawi untuk kanak kanak.

  • Game Nyamuk

    Game web tentang nyamuk untuk belajar mekanik game.

  • AETHERISPrototaip dalaman

    Game puzzle 3D yang dimainkan dalam pelayar.

  • Web app untuk log dan analisa mimpi harian.

  • Webapp untuk merekod dan memori salasilah keluarga.

  • Permainan ringan XO untuk dua pemain.

  • Permainan ringan interaktif memotong bola.

  • Tools pengurusan hutang dan kewangan peribadi. Data disimpan di local storage.

  • Demo sistem POS bagi cafe dan kedai makan.

Bahagian keenam

Projek lain saya

Projek-projek ini sedang digunakan oleh orang sebenar. Jemput tekan dan lihat sendiri, jika sudi.

Kad Kahwin Digital

Pratonton Kad Kahwin Digital

Pasangan kongsi jemputan melalui WhatsApp, tetamu sahkan kehadiran terus dari telefon. Mudah untuk tetamu, kemas untuk tuan rumah.

Layari di card.webpadu.my ↗

Buku35

Pratonton Buku35

Rekod belanja melalui Telegram dalam beberapa saat, supaya kewangan harian lebih teratur dan jelas. Percuma 30 hari untuk mencuba.

Layari di buku35.my ↗

DuniaMisi

Pratonton DuniaMisi

Platform game pembelajaran untuk kanak-kanak Malaysia. Masih dalam pembinaan, dengan penuh teliti.

Belum dibuka kepada umum

InteractiveLink

Pratonton InteractiveLink

Platform yang saya syorkan kepada sesiapa yang mahu mula menceburi vibe coding dengan bimbingan, ala VIP. Saya menyertai program affiliate mereka, jadi pautan ini ialah pautan affiliate saya.

Layari di webpadu.my/interactivelink ↗

Bahagian ketujuh

Soalan yang selalu ditanya

Harganya bergantung pada skop projek, sama ada landing page yang ringkas atau web app yang lebih rumit. Jemput bertanya di WhatsApp untuk sebutharga percuma. Harga akan jelas sebelum kita mula, dan tiada paksaan untuk meneruskan.

Landing page boleh siap seawal 48 jam selepas bahan lengkap. Website biasa pula mengambil masa sekitar 5 hingga 7 hari bekerja, bergantung pada skop dan kelengkapan bahan.

Cukup dengan logo jika sudah ada, gambar yang berkaitan, dan maklumat asas bisnes seperti senarai servis serta nombor WhatsApp untuk dihubungi. Kalau bahan belum lengkap, jangan risau, saya boleh bantu susunkan.

Boleh, dialu-alukan. Saya beroperasi dari Johor Bahru dan semua urusan dibuat dalam talian, jadi pelanggan dari seluruh Malaysia boleh berurusan dengan mudah.

Setiap projek disertakan sokongan teknikal percuma selama 30 hari selepas dilancarkan. Selepas tempoh itu, ada pilihan penyelenggaraan tahunan untuk yang mahu website mereka terus terjaga. Jemput tanya saya di WhatsApp untuk butirannya.

Tuan/puan berurusan terus dengan orang yang membina website tersebut, iaitu saya sendiri. Tiada orang tengah, jadi komunikasi lebih jelas dan tiada salah faham.

Bayangkan pelanggan yang baru dengar nama bisnes tuan puan. Dia cari di telefon, jumpa website yang kemas, baca sebentar, yakin, dan terus tekan butang WhatsApp. Itu yang saya bina, dan saya gembira jika dapat bina untuk tuan puan juga. Terima kasih kerana sudi singgah dan membaca sampai habis. Kalau ada projek, atau sekadar nak bertanya dahulu, saya alu-alukan. Tekan sahaja butang di bawah, kita bersembang di WhatsApp.

Berbual di WhatsApp

atau emel: [email protected]

Yang benar,

mijii

Tarmizie Minhad